Tuesday, August 14, 2012

AKU CUMA LELAKI BIASA



Aku,
Cuma lelaki biasa sebagai hambanya
Tiada apa-apa melainkan,
Seorang hambaNya yang sedang berusaha
Mengapai Restu dan RedhaMu Ya Allah.

 

Aku,

Sedar tiada apa-apa untuk dibanggakan
Sebagai insan yang lebih baik,
Cuma seorang insan yang mengamit
kerinduan ini jangan melebihi kerinduan padaNya.

 

Aku,

Bukan seorang imam mahupun ustaz yang
sentiasa menjadi pilihan para solehah,
Cuma seorang yang biasa-biasa.
Tapi sedar akan tanggungjawab sebagai khalifah di bumiNya.


Aku,

Bukan seorang mujahid yang sentiasa menjadi
rebutan para mujahidah dalam menegakkan syiarNya,
Cuma seorang insan biasa yang turut
Berjuang mempertahankan kesucian Al-Quran dan As-Sunnah.

 

Aku,

Bukan seorang yang berpangkat yang menjadi
Rebutan para wanita yang memburu darjat dunia,
Cuma seorang insan yang sentiasa ingin mendekatkan
Hati ini di sisiNya dan RasulNya.


Aku,

Bukan pencinta agung seperti Romeo dan Juliet
Punya kuasa kecintaan yang sangat romantis,
Cuma seorang insan yang ingin menyintai dan di cintai
Demi kerana Allah SWT sebagai sebabNya.

 

Aku,

Cuma lelaki biasa yang tidak punyai apa-apa
Melainkan Allah SWT dan RasulNya.....
Cuma lelaki biasa yang berusaha jangan tergelincir
Dari landasan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

 

Maafkanlah diriku yang lemah dan hina ini....
Terimalah diriku seadanya duhai mahabbahku

Aamiin Ya Robbal Al Amin.





 

Sunday, August 5, 2012

Selamat Pulang Ke Malaysia..!! ^_^

Alhamdulillah, hari ni kite dah pun masuk ke Ramadhan yg ke-17, Nuzul Al-Quran..
Amalan setakat ni still okay..time puasa pun dah takde nak rase lapar2 pun..steady je,mantain sampai petang..yela, sbb orang kate perut dah kecut kan..hehe..*dari doctor mane aq dapat fakta ni ye..heee..~*.

Ok2, berbalik kepada topic kite kat atas tu, sape yg dah pulang kat Malaysia ye? Of course la orang yg aq sayang sgt9 setelah ma, abah, and adik-beradik aq..Nur Zatil Husniyah namenye.. Alhamdulillah, orang tu dah selamat sampai kat Malaysia ni sejak ari jumaat lagi..cuma aq sedikit tacing la sbb tak dapat nak jemput dia kat KLIA tu..tapi takpe la kan, maybe takde rezeki nak jemput dia skrg..Allah tahu apa yg terbaik utk kite..insya-Allah.. yg penting skrg dia dah selamat sampai kat Malaysia ni.. Katenye ade praktikal kat Hospital Kuala Terengganu time cuti ni..so,maybe dia busy sgt nanti..takpe la, aq faham je tugas dia sebagai doktor..yg penting dia jaga diri baik2 sepanjang cuti ni..

Buat Si Cantik ku, NUR ZATIL HUSNIYAH



Ok la, aq pon malas nak merepek panjang2 kat sini lagi..sbb tgh bulan puasa kan..sibuk sikit nak buat amal ibadat malam2 mcm ni *tipu ni..hehe* .. Untuk korang semua, aq nak ucapkan Selamat Menyambut Nuzul Quran..ambil lah keberkatannya selagi kite mampu.. Salam Ramadhan.